e-tintakecil

kecil-kecil cili api

Tuesday, January 12, 2010

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka

Salam takziah diucapkan kepada keluarga 2 orang pelajar UPSI yang meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang berlaku di simpang lampu isyarat Pau Yik Mun dan Kuil berhampiran UPSI itu telah meragut nyawa 2 sahabat kita di UPSI iaitu arwah faizol dan arwah fadhiri. Kedua-dua pelajar tersebut berasal dari Kelantan dan telah selamat dikebumikan pada malamnya.
Bersama-sama kita doakan pemergian mereka buat selama-lamanya dan semoga ditempatkan dikalangan orang yang soleh..

Ajal maut di tangan ALLAH

siapa guru di mata kita?

GURU, dipandang mulia...jasa seorang guru telah mengubah hidup anak-anak muridnya...ada menjadi doktor,jurutera, usahawan, jutawan..semuanya kerana ilmu yang disampaikan oleh seorang guru..tapi hanya anak murid yang menjadi guru dapat meneruskan empayar ilmu itu..Pada masa kini, guru seolah-olah tidak dihargai lagi..buktinya! terpampang di akhbar-akbar kes pukul guru, kurang ajar pada guru..Inikah balasan pada seorang guru? Siapa guru di mata kita?

KERINGAT SUCI

Masih ku ingat
Denai-denai itu
Membawaku ke jalan ilmu
Kendatipun dipalit kotor lumpur
Jangan dicalit kotor maruah

Dialah guruku,
Membentang ilmu selebar alam
Menghampar nilai murni seluas lautan
Mencincang hasad yang mendatang
Membawa kejayaan yang ditatang

Dialah guruku,
rungutnya tak pernah ku dengar,
keluhnya tak pernah menyesal
mencurah ilmu
ke rongga memori anak bangsa
biar melimpah ruah
asal jangan dicicir lepas
kelak sesal jua digalas

Dialah guruku,
Tulisnya mengajarku,
Tangannya memimpinku,
Nasihatnya mendorongku,
Akan kuhormati bagai ayah dan ibu,
Derhaka tidak sekali,
Ajarannya kemas tersimpan di kalbu.


Dialah guruku,
Peluhnya bagai mutiara,
Keringatnya bagai permata
Untuk dihargai
Bukan dengan wang
Tapi dengan kejayaan bangsa

Dialah guruku,
baginya, biar jasanya tidak direkod,
bagiku , biar baktinya jangan dilupa,
takkan hilang memori pejuang bangsa.

Dialah guruku
Mengasah hatiku
Menjadi senjata ampuh
Melawan nafsu
Agar iman tidak tewas.

Dialah guruku,
mengajar maksud budi,
mendidik erti sopan,
mengajar ilmu kendiri,
mendidik ilmu kehidupan.
Ilmu takkan hilang,
kalau tak ditinggal amal,
pekerti takkan hilang,
jika masih berakal.

Jasadmu pergi meninggalkan jasa
Baktimu bagai lagenda
Bersemayam di hati bangsa.

pena kecil
tg. malim
2009

Air mata Palestin

Masih ingatkah kita pada saudara kita? Nun jauh di Timur Tengah....bumi yang telah lama dibasahi darah pejuang as-syahid..semangat intifada yang bergolak dalam jiwa mereka lebih hebat dari semangat kamikaze tentera Jepun..Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka. Air mata kita juga tumpah tatkala melihat badan terbujur kaku, kepalanya hilang entah ke mana..melihat seorang ibu mengais-ngais runtuhan rumah mencari sesuatu yang berharga baginya, melihat kanak-kanak membaling batu tapi dibalas dengan peluru...nyawa di sana seolah-olah tiada nilai bagi Zionis...Doakanlah mereka ditempat orang-orang yang mukmin..




TIRAI BERDARAH PALESTIN

Di suatu sudut pentas kedamaian,
Terbukanya suatu tirai baru,
Pementasannya mengusik emosi,
Menjentik naluri,
Menggamit simpati.

Di sana kulihat tangan terkapai-kapai,
Di sini kulihat tangan menghulur,
Mengharapkan titis-titis,
Kedamaian dan keamanan.

Nun di dada langit,
Burung besi berterbangan,
Ke sana ke mari,
Memuntahkan benih api,
Yang meratah rakus,
Tubuh makhluk bernyawa,
Yang dahagakan simpati.

Di belakang tirai itu,
Dalangnya bergelak tawa,
Tanpa ada belas kasihan,
Tiada perikemanusiaan,
Mengarahkan watak-wataknya,
Menghapuskan generasi Palestin,
Demi ketamakan hati,
Dan ego diri.


Pementasannya membangkitkan emosi,
Juga membangkitkan semangat intifada,
Generasi Palestin untuk mempertahan,
Tempat tumpah darah mereka,
Daripada dirampas dalang durjana.

Bangunlah umatku,
Bangunlah menutup tirai itu,
Demi keadilan sejagat,
Demi keamanan,
Demi kesejahteraan ,
Buat selama-lamanya.

pena kecil
tg. malim
2008

indahnya kasih sayang, manisnya cinta


Perasaan apakah mula-mula wujud dalam hati?

Setelah berada dalam kandungan ibu kita selama 9bulan 10 hari, kita lahir ke dunia, memegang nama MANUSIA....MANUSIA, perbezaan ketara dengan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang lain ialah dikurniakan AKAL..MANUSIA juga ada hati..makhluk lain yakni binatang juga ada hati...cuma binatang tiada akal..dengan adanya hati, maka muncullah perasaan pertama dalam diri manusia..apa itu? Semestinya perasaan cinta a.k.a kasih sayang...tapi adakah manusia yang mempunyai kurniaan akal itu dapat memelihara perasaan pertamanya itu? Banyak perkara berlaku di sekeliling kita (itupun jika peka). MANUSIA bunuh emak, MANUSIA pukul emak, MANUSIA pukul ayah..MANUSIA tidak pedulikan ibu bapa..MANUSIA pijak isteri mengandung...BERAKALKAH MANUSIA ITU? DIMANA PERASAAN MEREKA ? tengok binatang,tak berakal tapi berperasaan..perasaan kasih sayang,cinta....tidak memperlakukan begitu pada keluarga sendiri..persoalannya patutkah kita menggunakan perbandingan manusia dengan binatang lagi? atau ada makhluk lain yang lebih sesuai? fikir-fikirkanlah..tanya hati anda!

BILA HATI INGIN BERBICARA

Setiap manusia ada naluri dan juga perasaan....kita meluahkannya dengan cara berkomunikasi...hati ini juga mahu berkomunikasi..berbicara...hati ada perasaan..kita semua ada jiwa,perasaan..bila kita peka dengan hal sekeliling kita,maka hati kita membuak-buak untuk berbicara..Tapi adakah yang handak mendengar? Maka mulalah kita hendak bermonolog,sambil jari-jari menolong memijak-mijak papan kekunci untuk menzahirkan apa yang hendak dibicarakan hati..

Perasaan tak pernah menipu hati..
Tapi hati yang suka menipu tidak mempunyai perasaan..