GURU, dipandang mulia...jasa seorang guru telah mengubah hidup anak-anak muridnya...ada menjadi doktor,jurutera, usahawan, jutawan..semuanya kerana ilmu yang disampaikan oleh seorang guru..tapi hanya anak murid yang menjadi guru dapat meneruskan empayar ilmu itu..Pada masa kini, guru seolah-olah tidak dihargai lagi..buktinya! terpampang di akhbar-akbar kes pukul guru, kurang ajar pada guru..Inikah balasan pada seorang guru? Siapa guru di mata kita?
KERINGAT SUCI
Masih ku ingat
Denai-denai itu
Membawaku ke jalan ilmu
Kendatipun dipalit kotor lumpur
Jangan dicalit kotor maruah
Dialah guruku,
Membentang ilmu selebar alam
Menghampar nilai murni seluas lautan
Mencincang hasad yang mendatang
Membawa kejayaan yang ditatang
Dialah guruku,
rungutnya tak pernah ku dengar,
keluhnya tak pernah menyesal
mencurah ilmu
ke rongga memori anak bangsa
biar melimpah ruah
asal jangan dicicir lepas
kelak sesal jua digalas
Dialah guruku,
Tulisnya mengajarku,
Tangannya memimpinku,
Nasihatnya mendorongku,
Akan kuhormati bagai ayah dan ibu,
Derhaka tidak sekali,
Ajarannya kemas tersimpan di kalbu.
Dialah guruku,
Peluhnya bagai mutiara,
Keringatnya bagai permata
Untuk dihargai
Bukan dengan wang
Tapi dengan kejayaan bangsa
Dialah guruku,
baginya, biar jasanya tidak direkod,
bagiku , biar baktinya jangan dilupa,
takkan hilang memori pejuang bangsa.
Dialah guruku
Mengasah hatiku
Menjadi senjata ampuh
Melawan nafsu
Agar iman tidak tewas.
Dialah guruku,
mengajar maksud budi,
mendidik erti sopan,
mengajar ilmu kendiri,
mendidik ilmu kehidupan.
Ilmu takkan hilang,
kalau tak ditinggal amal,
pekerti takkan hilang,
jika masih berakal.
Jasadmu pergi meninggalkan jasa
Baktimu bagai lagenda
Bersemayam di hati bangsa.
pena kecil
tg. malim
2009
Tuesday, January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment